Total Pageviews

Thursday, September 13, 2012

PENANTIAN

Penantian itu
Menyeksakan aku
Buat ku tertunggu
Kadangkala jemu
Menanti khabarmu
Buat aku ragu
Tentang kesetiaanmu

Pelbagai berita
Kudengar dari Nusantara
Mengenai dia yang ku cinta
Pelbagai versi cerita
Mungkin diolah skripnya
Buat aku terpinga
Haruskah aku percaya?

Penantian ini
Aku tak pasti
Bagaimana akhirnya nanti.

No comments: