Perjalanan yang tak akan pernah berhenti.. Setiap cerita pasti ada suka dan duka.. Kadang kala kita ingin indahkan corak kehidupan, namun dalam kita sibuk merancang, tanpa kita sedar, ada lagi yang hebat merancang, dan DIA lah yang tahu apa yang terbaik. siapa DIA? DIA ialah ALLAH s.w.t. Tuhan sekalian alam..
Pabila kita letih, lelah dengan onak dan pancaroba dunia.. Jangan sesekali lupa, bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jika kita sedang mengalami masalah, atau diselubungi kekecewaan dan sewaktu dengannya, seharusnya kita perlu bersabar dan cekal serta tabah mengharunginya.. Ini semua ujian dan dugaan ALLAH... DIA uji tanda sayang.
Akhir kata, jangan sesekali mengalah apabila diuji, jangan sesekali lupa diri apabila bersenang senang.. Bersederhana dalam hidup, nikmatilah kehidupan dengan sebaik mungkin.
No comments:
Post a Comment