Total Pageviews

Tuesday, October 2, 2012

Rindu

Rindu itu lumrah..
Tak siapa mampu mengelak dari merindui mahupun dirindui.
Tapi pada siapa? Hanya diri sendiri dan Yang Maha Esa yang mengerti.

Terdetik rasa hati, mengapa rindu itu wujud?
Jika ia mempunyai rupa, bagaimanakah rupa 'rindu'?
Bagaimana mahu membuang rasa rindu?
Haish, semua persoalan itu tak mampu ku jawab.

Ramai yang aku rindu.. Tapi adakah mereka merindui aku?
Semuanya menjadi rahsia..
Rahsia yang tak perlu dikaji..
Biar simpan sendiri di dalam hati.

Jika rindukan seseorang, jeritlah di pantai, lepaskan segala rasa..
Sampaikan salam rindu melalui bayu yang berhembus.
Renung sang bulan, dan ucapkanlah kata rindu.

Berdoa pada Illahi, agar orang yang kita rindui itu berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Berdoalah tentang kebahagiaannya..
Berdoalah agar dapat dipertemukan, untuk lepaskan rasa rindu itu.

Merindui dan dirindui..
Lumrah manusia.
Rindu itu anugerah dari Allah s.w.t.
Dan rindu juga menjadi salah satu ujian dari-NYA.


Qiey
2 Oct 2012

No comments: