Total Pageviews

Tuesday, December 18, 2012

1

Sudah agak lama aku menyepikan diri dari dunia blog. Jari jemari ku tidak selincah dulu. Walaubagaimanapun, sebagai permulaan, aku ingin memohon maaf kepada followers2 yang setia mengikuti blog Qien Hikari iaitu blog lamaku, yang telah ku 'private' kan kerana aku dah jarang berada di sana. Keutamaanku kali ini ialah menghidupkan blog ini. (^_^)

Jari jemariku kini kembali menari. Mengapakah? Aku merasakan jari jemariku ini sudah terlalu lama berehat. Cerita apa yang inginku bawakan kali ini? berkenaan cutikah? aaaahhh, tentunya tidak. Aku tidak mempunyai cuti yang menakjubkan seperti kalian, cutiku hanya di rumah. sekali sekala keluar menghirup udara negeriku sayang, Melaka Bandar Teknologi Hijau. Ibuku terlalu sibuk menanda kertas peperiksaan sejarah SPM dan tiada masa untuk bersosial seperti biasa.

Cuti kali ini juga aku tidak berpeluang menemui sahabat2 ku yang amat kukasihi kerana cuti aku tidak sama dengan mereka. Aku hanya sempat bersua dengan kawan baikku, Mimi pada permulaan cuti. Yana, Mirul dan Nazmi tidak sempat ku temui. Ahh, rindu pada mereka berempat. Aku hanya sempat bertemu dengan rakan sekelasku dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima iaitu Sulaiman dan Nisa. Kami bertiga pergi melawat Cikgu Pilus, cikgu Sains ku tika ku di tingkatan dua dan tiga. Sempat jua bertemu Shahrul, anak cikgu Pilus, merangkap rakan sekelas aku, nisa dan sulaiman. Cikgu Pilus, saya doakan cikgu cepat sembuh. Aamiin.

Ahhh, secara tidak langsung, aku telah menghasilkan sebuah entry menceritakan cuti aku yang suam suam kuku ini. huh, siapa kata aku tidak membicarakan tentang cuti ku? Ternyata, itu juga yang menjadi modal untuk entry kali ini. heh.


Qiey
(18122012)

No comments: