Total Pageviews

Wednesday, June 5, 2013

Coret-moret 2

Assalamualaikum readers.. dan salam sejahtera.

Jun 2013. Tak sangka, pejam celik, pejam celik dah pertengahan tahun. Aku masih bercuti.. Sudah 2 minggu dan minggu hadapan merupakan minggu terakhir aku bercuti. Cuti aku hanya di rumah. Rutin yang sama setiap hari.

Jam menunjukkan 2.17 minit pagi.. Dan aku masih segar. Aneh, aku rasa aku tak tidur petang. Kenapa masih celik? Kenapa tiada tanda-tanda mengantuk? Oleh kerana untuk hilangkan kebosanan akibat insomnia yang melanda, aku melayari fb lamaku iaitu Qien Hikari.
Tanganku tiba2 tertekan post tahun 2011... Scroll punya scroll, aku terjumpa beberapa conversation lama antara aku dan seorang sahabat yang aku panggil Zwan atau Kedondong..

Aku baca semua conversation lama antara aku dan zwan.. Aku ketawa.. Sungguh, aku rindukan conversation seperti itu.. Kami macam dah kenal lama, hakikatnya tidak.. Dan sungguh aku dah lama rindukan dia, dia sahabat yang sangat baik, sangat memahami.. itu pendapat aku tentang dia.. Sayangnya, kami dah renggang. Aku akui aku kesal.. Rasanya salah aku.. Kesalahan itu menyebabkan aku hilang seorang kawan..

Bermula di Tagged, seterusnya di blog dan berakhir di facebook.. Aku kenali dia sebagai salah seorang blogger yang sangat aktif suatu ketika dulu. Aku suka baca setiap entri dia dan dari situ kami berkawan. Perkenalan yang singkat, tapi sangat awesome. He's a good friend. Sejak kami renggang, pada mulanya aku tak rasa apa, mungkin kerana ego yang mengawal.. Tapi lama kelamaan, aku akui aku rindukan sahabat aku itu.. Meminta maaf? Aku malu.

Kini, dia dah tak aktif akaun facebook itu dan dia buat akaun baru. Aku add dia menggunakan akaun fb kedua aku.. Tapi aku tak tegur dia. Bukan sebab ego, tapi sebab malu dan segan. Tambahan pula, aku dah tak jumpa blog dia.. Rasanya dia tukar url.. hmm

Zwan, jika awak baca entri ini, saya minta maaf atas segala-galanya. Saya minta maaf terkasar bahasa, terlanjur kata yang mana menyakiti hati awak. Awak sahabat yang sangat2 baik. Maafkan saya.

Blog lama aku, aku dah privatekan. Hanya aku sahaja yang boleh tengok.. Terlalu banyak kisah pahit yang aku tak mahu kenang.. terlalu banyak entri tentang hati mereka2 yang pernah aku sakiti dan terlalu banyak entri yang memedihkan hatiku sendiri.

Blog ini masih baru.. Aku hanya menulis apa yang ingin ditulis.

Kepada semua yang mengenali aku dan yang aku kenali. Maafkan aku atas setiap tutur kata, tingkah laku dan bermacam lagi yang aku lakukan secara sengaja atau tidak sengaja yang menyakiti hati kalian. Tegur aku jika aku silap. Tulus dari hati, maafkan aku atas semua kesalahan dan kesilapan yang pernah aku lakukan.
Sekian.

Qiey
(05062013)

No comments: