bingkisan hati yang mahu berbicara
Dengarkanlah
rayuan minda yang mahu terus bercerita
Jika kau mampu merawat
Rawatlah hati yang sering terluka
Rapuh jiwa luntur semangat
kerana dikhianati, dicaci dan dihina
Jika kau mampu menyanyi
Hiburkan hati yang sering menangis
dalam suasana yang sunyi
bersama jiwa yang semakin terhakis
Jika kau mampu berlawak
Tenteramkan hati yang selalu berduka
disusuli jiwa yang hilang rentak
gundah hidup tiada suka
Dengarkanlah wahai insan
tidak banyak ku pinta
cukup cuma kau jaga sekeping hati;
di mana jiwa sering menemani
cukuplah kau jadi seorang yang memahami
sekeping hati yang sukar dimengerti
Qiey
(23012014)
No comments:
Post a Comment