Total Pageviews

Monday, February 24, 2014

Kawan

Kau pernah kata, kita kawan
Aku terima dengan hati terbuka
Aku selesa, aku senang punya kawan seperti kau
Selesa berkongsi cerita, bertukar pendapat

cuma satu. cuma satu.

aku sering makan hati dengan sikap kau
kau buat aku seolah-olah pakai buang
kau cuma cari aku bila bosan, bila perlukan sesuatu
kemudiannya kau diam membisu
sepertinya aku yang terhegeh-hegeh mencari kau
dan kau terus menghindar

saat aku mulai putus asa, mula hindarkan diri
kau kembali datang mencari
atas dasar sebab aku sayangkan kawan-kawan,
aku tak senyap macam apa yang kau lakukan pada aku
tapi kemudiannya, kau pergi lagi
tidak pedulikan aku sekian kalinya

mana engkau wahai kawan saat aku perlukan kau?
saat kau perlukan aku, aku tak pernah pergi
bila tiba giliranku, mengapa kau lari?

kecewa, sedih, terluka
mahu buang kau tapi tak termampu
aku bukan sekejam itu
tapi makin lama makin tawar hati
seolah-olah persahabatan kita tak bererti

aku rindukan kau kawan
cuma aku tak tahu mahu khabarkan bagaimana
seandainya kau baca nukilan ini,
aku mahu kau tahu,
aku sayangkan kau dunia akhirat wahai sahabat.

Qiey
(24022014)

*********
Andai kau terasa, maafkanlah.. aku dah tak mampu menahan rasa kecewa sekian lamanya.
semoga bahagia menjalani kehidupan. aku sentiasa doakan kau, kawan.
(^_^)
*********

No comments: