diumpamakan manusia
dicacinya kaca
diagungkan permata
kaca dan permata
tiada bezanya
bersinar biasan cahaya
aku rela memilih kaca
biar perit, biar binasa
aku rela menderita
tak mahu aku jadi permata
hanya disanjung sementara
mahu perhatian penghuni dunia
tiada nilai yang diperolehinya
bahagia dikecapinya hanya pura-pura
jika retaknya permata
hilang segala nikmat yang dikecapinya
sekurang-kurangnya jika menjadi kaca
dapat pengajaran yang tak terharga nilainya
lihat dunia dari perspektif berbeza
walau tidak dipeduli semua
tapi masih diperlukan tanpa disedari mereka
antara kaca dan permata
aku pilih kaca
Qiey
(23032014)
No comments:
Post a Comment