Aneh
Mengapa masih wujud rasa ini
Mengapa perasaan ini tidak mahu pergi
Puas ku tolak
Puas ku buang
Namun masih teguh, masih utuh
Buntu
Apa harus dilakukan
Rasa ini seperti mahu kekal merangkul takhta di hati
Biarpun berulangkali ku ucap selamat tinggal
Masih di situ
Tidak bergerak walau sedetik.
Qiey
(22122014)
No comments:
Post a Comment