lemah dan terus lemah..
Jiwa ini dah tak mampu bertahan..
hati aku makin rapuh..
Penat ku cuba lawan, rasa sakit ini..
namun, ah semuanya sia sia...
Setabah mana aku cuba pamerkan.. segalanya hanya dusta..
hanya palsu. mainan dunia sahaja..
Aku yang kau lihat kini, bukan aku yang sebenar..
Itu aku yang telah aku lilinkan..
tunggu masa sang mentari datang untuk cairkan lilin itu..
Tatkala itu, kau akan lihat aku..
dan di kala itu, aku takkan lari, aku takkan pergi mahupun menjauh.
kau akan lihat betapa kecilnya aku, betapa halusnya.. sehingga kau takut untuk dekati, apatah lagi sentuh..
Bara api yang sentiasa menemani aku perlahan akan pergi..
aku akan kosong, tanpa ada satu pun menemani walaupun seekor semut.
di kala itu, kau yang akan pergi menjauh..
sedikit pun tak mahu mendekati..
perlahan lahan, semua yang setia bersamaku akan pergi bersama,
jauh dariku..
aku hanya kelu, lidahku tak mampu bergerak. mulutku tak mampu berkata..
tanganku kaku, kakiku kejang..
aku hanya mampu bernafas, sambil ekor mataku melihat, mengiringi pemergian itu.
air mataku mungkin akan merembes keluar, atau akan beku sekeras ais.. takku pasti..
aku menanti detik itu.. menanti saat lilinku dicairkan..
ketabahan, kekuatan dan segalanya tentang aku, akan kau lihat tika itu..
kanvas pun tak akan mampu menutupinya..
tiada apa yang mampu ku sembunyikan waktu itu..
akan ku lihat, apakah kau akan setia menemani ku di sisi atau kau seperti yang ku sangkakan, melangkah pergi, jauh hilang pandangan?
aku akan terus menanti waktu itu..
Qiey
(31102012)
No comments:
Post a Comment