Aku duduk dalam keriuhan
Melihat setiap seorang
Menjalani hari-harinya
Di hadapanku
Sepasang suami isteri berbual mesra
Si anak tekun bermain permainan video
Tak mengendahkan ibu bapanya
Di sudut kanan
Seorang wanita bersendirian
sambil matanya memandang telefon bimbit
hanyut dalam dunianya
Ku lihat ke kiri
3 wanita tertawa bahagia
Entah apa dibualkan
hanya kedengaran gelak tawa tanpa henti
Dibelakang
Sekumpulan manusia tekun meneruskan kerja
Demi menari sesuap nasi
Demi amanah yang digalasi
Karenah pelbagai
Ku himpunkan dalam kata
Namun
Takkan sama dengan mata yang memandang.
Qiey
(08062015)
No comments:
Post a Comment