Sahabat
Lebih banyak duri daripada madu
Dicarinya aku bila sunyi, dilempar aku bila tak sudi.
Letih
Diminta aku cuba fahami
Sedang dia sedikit tak mahu mengerti
Semuanya harus tentangnya
Hanya dia
Perlahan aku melangkah pergi
Dikatanya aku berubah hati
Aku yang tak tahu hargai
Satu yang dia lupa
Aku juga manusia yang punya hati, punya rasa
Tak selamanya aku mampu bertahan
Bibir mengulum senyum mengalir darah
Ditoreh kuat biar dilihat hebat
Senyum dibuat-buat
Hati kian tawar
Tetap sayang
Hingga hujung nyawa aku sayang
Persahabatan ini, ku pinta jangan dipersia
Sahabat,
Sayang dan rindu ini menghimpit dada
Biar sesak nafasku
Aku bahagia
Namun ego atasi segalanya
Buat aku jatuh, kalah dalam tangisan.
Qiey
(15042016)
No comments:
Post a Comment