Hidup ini tak pernah mudah
Kadangnya menyamankan
kerapnya melemaskan.
Jatuhnya aku, entah kali ke berapa
Aku antara suara-suara yang tak didengari
Luahanku tak dipeduli
Disepit, dihimpit
Ditoreh, dicampak
Dibuatnya sesuka hati
Jiwa aku seksa
Hati aku bagai tiada nyawa
Bukan simpati yang diingini
Cuma mahu difahami dan dimengerti
Qiey
(27032017)
No comments:
Post a Comment