Total Pageviews

Monday, June 12, 2017

Move on

Yesterday, he asked me.. our topic was move on.

Macam mana aku move on? After years, how I managed to move on?

Lepas aku dapat closure, hati aku tenang. Aku dah tak kisah langsung pasal dia. Dan kebetulan, aku tengah sibuk, terlalu sibuk dengan dunia aku sehinggakan aku takde masa untuk berduka lara.

Dan salah satu sebab lagi, aku dah terlalu bersedia untuk move on. Allah pinjamkan kekuatan untuk aku move on dengan tenang. Ternyata monolog dalaman dengan diri sendiri sangat membantu.

Antara sebab yang lain, aku selalu pesan pada diri agar elakkan daripada attach pada mana2 insan berjantina lelaki. Aku sentiasa bergantung pada diri sendiri. Sebab tu makin mudah untuk move on.

Aku tak galakkan untuk move on dengan mengenangkan setiap yang buruk mengenai seseorang. Itu bukan move on.. itu membenci. Dan itu akan buat kau lagi teringat dan bersedih sebenarnya.

Untuk move on dengan tenang adalah apabila kau belajar menerima hakikat yang sebenar-benarnya. Memaafkan dia dan yang paling penting maafkan diri sendiri. Sebenarnya, selama ini kita hanya berlaku kejam dengan diri sendiri. Jadi diri sendiri yang perlu kita maafkan terlebih dahulu.

Apabila orang sebut nama dia, atau menceritakan tentang dia, aku dah tak rasa apa. Kosong, tenang dan tak peduli langsung. Bagaimana kehidupan dia, aku tak mahu ambil peduli. Sebab dulu aku dah cukup peduli, atau mungkin terlebih ambil peduli. Jadi sekarang, i don't give a damn.

Past is past. Let it go. Forgive yourself and those who hurt you. Don't forget to always love yourself. 😘

Qiey
(16042017)

No comments: