Mungkin mudah untuk menulis kata rindu
Selalunya sukar untuk melafazkannya
Menzahirkan menerusi perbuatan - kadangnya tak tersampaikan
Hati sendiri tak mengerti - mengapa merindu?
Satu perasaan yang datangnya tiba-tiba
Buat diri termangu, tertanya
Jadi rawan
Mungkin dia tahu
Mungkin dia turut merasakannya
Atau mungkin tidak
Pastinya aku yakin
Hanya aku yang berperasaan begini
Sedang dia - tak menyedarinya
Rindu itu kusimpan - lekat dihati
Biar aku merindu
Kerna rindu itu adalah satu perasaan yang sangat indah
Sedikit sakit akan tetapi cukup berbaloi
Rindu itu adalah hal yang sentiasa dekat dengan hati
Namun sukar diluahkan menerusi bait kata
Aku rindu kamu
Sungguh.
Qiey
(23052017)
No comments:
Post a Comment