Hilang..
Apa yang hilang?
Kau kesal?
Atau kau tak kisah?
Aneh..
Kau berlagak seolah olah tiada apa berlaku
Tiada apa yang perlu kau risaukan
Tapi..
Hati kau?
Berperang dengan perasaan sendiri
Kau menangis dalam hati
Merintih, menyesal..
Semua perasaan bercampur baur..
Ego!
Itu menjadi punca.
Punca apa?
Punca kau hilang.
Hilang.. hilang..
Arah tuju kau..
Kau hilang, hanyut..
Tak kenal siapa diri kau..
Apa mahu kau?
Kau hilang kekuatan..
Ketabahan kau terhakis..
Perlahan,
Kau hilang semuanya.
Hilang dan terus hilang..
Ditelan ke teras bumi..
Hilang tanpa dijumpai!
No comments:
Post a Comment