Total Pageviews

Monday, August 13, 2012

Senyum




Senyum..
Aku cuba..
Praktikkannya setiap hari.. Setiap langkah perjalanan hidupku..
Walaupun kadangkala aku sedang berperang dengan masalah..
Aku sedang berkelu kesah sendirian..
Aku paksa diri untuk ukirkan senyuman..
Aku tak mahu kalah...
Aku tak mahu gagal dalam menguasai diri..

Senyum..
Walau macam mana sekalipun keadaan aku..
Aku akan cuba tersenyum.. dan terus tersenyum..
Biar hati menangis sendirian..
Asalkan aku senyum.. dan tetap senyum di hadapan manusia manusia..
Bak kata orang, senyuman itu manis..
Dan senyuman itu satu sedekah.

Jadi, SENYUM. (^_^)

No comments: