leka aku di situ, membiarkan sunyi menguasai diri. ku biarkan jiwa mengawal minda. lembaran cerita mula dibuka. diolah kisahnya. plot yang akal rencanakan, direnyuk dan dibuang seperti sampah. jiwa bersatu dengan hati, mulakan kisahnya sendiri. gabungan itu membuat minda makin lemah, tidak mampu melawan neutron yang datang menyerang. perlahan, mereka memulakan rencana.
plot lama yang ceria penuh keindahan digantikan dengan cerita yang suram, kelam, dan membunuh hati yang bahagia. memori memori yang indah dipadamkan, hanya ditinggalkan memori yang mampu meruntun jiwa. hanya kesengsaraan yang mahu dinikmati, segala kebahagiaan, keindahan ditolak tepi. tangisan, rintihan dari mereka yang terseksa dinikmati sepuasnya.
plot itu hanya luahan dari sang hati dan jiwa yang sentiasa diselubungi kekecewaan, kesakitan, kesengsaraan. kebahagiaan yang hadir cuma seketika, kemudiannya pergi seperti ditiup angin. hadirnya kebahagiaan tanpa diduga, perginya tanpa dipinta.
saat akal kembali pulih, diusir pergi hati dan jiwa.. akal kembali menguasai segalanya, lantas plot kejam itu dibakar. plot baru kembali dilakar di mana jalan ceritanya saling melengkapi, ada kebahagiaan, ada penderitaan.
Qiey
(29122012)
No comments:
Post a Comment