Total Pageviews

Saturday, January 12, 2013

3

Pertama kali update blog pada tahun 2013. agak terlewat. kerana sibuk dengan hal dunia realiti, sehinggakan aku terlupa pada dunia blog ini. sem baru telah bermula. 2 Januari 2013, aku sah bergelar pelajar PISMP. no more PPISMP.

2013 menyedarkan aku bahawa aku bakal meninggalkan zaman belasan tahun pada tanggal 5 Ogos. Semakin dewasa, semakin banyak cabaran yang harus dipikul. dan aku juga harus lebih matang. kematangan bagaimanakah?

Aku masih menggali, mencari diri. 2012 telah meninggalkan aku dengan pelbagai memori. pahit, manis, payau dan bermacam lagi. itu semua memberi seribu kenangan dan pengajaran pada aku. banyak yang harus aku selami, pelajari. banyak lagi yang harus aku gali, kenali diri ini. Tatkala ini, sudah 19 tahun 5 bulan 1 minggu aku bernafas di dunia ini, atas ihsan Allah s.w.t. dan selama itu, aku masih lagi tercari cari siapa aku? apa mahuku?

kehidupan bukan sentiasa membahagiakan. pucuk pangkalnya pada diri sendiri. bagaimanakah kita mencorak hidup. cukup sudah aku menyeksa diri, cukup sudah aku menyakiti hati, mendera mental sendiri. izinkan aku bangkit dan corakkan hidup yang baru. izinkan aku hargai setiap cebisan, setiap cabaran, setiap dugaan dan setiap nikmat yang dikurniakan kepada aku. Syukur ku sedar kini, dan ku mohon agar kesedaran ini takkan berlalu pergi, malah kekal bersamaku sehingga akhir hayat nanti.


Qiey
(12012013)

No comments: