Total Pageviews

Thursday, March 26, 2015

Menunggu

Menunggu
tiada jemu
walau tahu tiada pentingnya ku di situ

Menunggu
walau dicemuh
tetap setia menanti hari demi hari

Dikatanya pergi, usah nanti
Dikatanya lupakan sahaja
Usah tunggu, buang masa
Hati bicara, jangan berhenti, tunggu dan terus tunggu

Musim silih berganti
masih setia menanti
tak jemu, tiada penat
hati masih mahu, tetap mahu

Harapan kian pudar
bunga kian layu
namun penantian masih di situ
tak berubah
tetap menunggu.


Qiey
(26032015)

No comments: