Sepi
Mula menghantui hidupku
Hidupku kian suram
Sirna kegembiraan yang kian hilang
Aku kini bosan
Lihat
Aku tak mampu melawan kesepian ini
Suasana yang senyap sunyi
Tiada gelak tawa
Tiada usik mengusik
Hilang
Semua itu pergi
Menjadi sebuah kenangan
Kenangan yang cukup indah
Teramat manis
Penghiburku di kala kesepian mula menghimpit diri ini
Kegembiraan
Akan ku cari
Akan ku raih semula
Dan kesepian ini akan ku lenyapkan
Bukan untuk selamanya
Kerana aku masih memerlukan kesepian dalam hidupku
Qiey
(25052011)
No comments:
Post a Comment