Maaf, aku tak pandai nak luahkan apa yang aku rasa.
Aku lebih handal simpan, pendam semuanya.
Maaf jika lihat aku seperti easy-going
Kerana ternyata aku jauh lebih rumit dari yang disangka.
Maaf, mungkin aku kelihatan dingin
Cuma aku terlalu berhati-hati.
Diam aku dalam keriuhan
Dingin aku dalam kepanasan
Tak dijangkakan
Tak disengajakan.
Jangan risau, senyum aku masih ada
Kadang tawar bagai hilang gula
Selalu manis bagai tiada duka.
Qiey
(30012017)
No comments:
Post a Comment