Total Pageviews

Sunday, February 5, 2017

Asing diri

Aku asing diri aku dari segala macam jenis manusia terutamanya yang aku rapat atau pernah rapat. Tak kurang juga ada yang pergi, buang aku.

Kenapa? Sebab aku penat.
Dihakimi tanpa usul periksa. Dituduh sesuka hati. Bukan sekali malah berulang kali.

Jadi seorang yang masih solo, bukan mudah.
Apabila aku rapat dengan perempuan, dicanangnya aku lesbian. Ah, sejak sekolah aku dituduh sedemikian. Lali.
Apabila aku rapat dengan lelaki, disebarkan aku gatal, gedik. Ditambah perasa bahawa aku orang ketiga, perampas. Ada masanya aku diserang gf mereka.

Aku juga letih. Dianggap enteng sesetengah orang.
Seolah-olah aku bagaikan bola yang boleh ditendang sana sini.

Katanya, hati mereka perlu aku jaga.
Tapi hati aku tak siapa peduli.

Aku tahan setiap darinya sehinggakan aku lemas. Air mata tak mahu surut.
Terseksanya aku dalam senyuman yang dibuat-buat.

Jadi lebih baik aku angkat kaki, langkah pergi. Sakit tapi ini yang terbaik.
Dari berterusan aku makan hati, kemurungan akibat tuduhan dan fitnah yang entah dari mana datangnya.

Luarannya aku nampak biasa, normal. Hakikatnya, jiwa dan hati aku parah ditoreh.
Luka-luka yang ada kini berbekas menjadi parut.

Penat, tahu?
Lebih mudah aku asing diri.
Lebih mudah aku pergi, jauh.

Mereka hanya fikir aku pentingkan diri.
Mereka tak sedar aku terlalu lama disakiti.

Seperti selalu, hanya aku yang dipersalahkan.
Salahnya pada aku.
Cuma aku.

Jangan risau, aku sentiasa muhasabah diri.
Sebab itu aku bawa diri.

Qiey 
(02022017)

No comments: