Menikmati secebis bahagia. Melalui ini, menerusi ini.
Bahagia itu abstrak. Kadang-kadang perkara yang kau anggap tak penting, boleh jadi perkara yang cukup menggembirakan hati orang lain. Bahagia itu tak semestinya menerusi sesuatu yang konkrit atau maujud. Kadang dalam angan pun akan rasa bahagia.
Bahagia bukan hanya terletak pada satu perkara. Bahagia takkan pernah cukup untuk diri. Takkan pernah rasa puas. Sentiasa mahu dan mahu lagi.
Nikmati tiap cebisan bahagia yang diperoleh. Nikmati sepuasnya.
Hargai tiap cebisan yang ada.
Kerana tidak semua yang indah kekal lama.
Qiey
(04022017)
No comments:
Post a Comment