Total Pageviews

Monday, June 12, 2017

Buat mereka yang telah pergi

Buat mereka yang telah pergi

Terima kasih kerana kalian telah memberikan pengajaran yang cukup hebat dan bermakna buat aku. Tiap kebaikan akan dikenang, dan tiap keburukan akan dijadikan sempadan.

Sekali sekala aku akan melafazkan rindu tapi cukup hanya sekadar itu. Kalian telah pergi, aku perlu berhenti menangisi.

Terima kasih atas memori. Terima kasih pernah menjadi sahabat, kakak, abang, adik, mahupun pendengar yang cukup baik. Terima kasih atas tiap yang terindah.

Moga yang baik-baik sahaja buat kalian. Aku tak pernah membenci dan tak mungkin akan mampu membenci kalian.

Terima kasih dan maaf atas segalanya.

Qiey
(01032017)

No comments: