Total Pageviews

Monday, June 12, 2017

Masa depan

Future; Masa depan.

Setiap orang punya anganan yang berbeza untuk masa depan mereka. Sama ada berani atau tidak untuk mereka melaksanakannya.

Setiap yang dirancang, berbeza. Takkan sama.
Ada yang merancang untuk bekerja, mengembara, berniaga, berkahwin dan lain2.
Ada yang masih samar2 visualnya, tidak tahu apa yang mahu dilakukan dalam hidupnya, untuk masa depannya.

Bermimpilah, kemudian beranikan diri untuk mencorak masa depanmu sendiri.

Aku rancang masa depan aku melalui angan dan mimpi. Moga satu hari nanti, mimpi dan anganan ini dapat dijadikan realiti. Usaha, satu demi satu langkah walaupun kecil. Mudah-mudahan berhasil.

Halangan, sentiasa ada. Lumrah kehidupan, ada turun naiknya, ada pasang surutnya. Bertabahlah 😌

Qiey
(29032017)

No comments: