Total Pageviews

Wednesday, November 6, 2019

Short Story 4 - Aisyah dan Azfar

"Ima, Tasha, Ain, Fatin. Selain aku, rupanya ada empat yang lain. Pandai ye sorok. Eh, tapi berapa lama mampu sorok? Lambat laun Allah tunjuk juga. See, kantoi dah dengan aku. Thank you teknologi!"

Hai, nama aku Aisyah. Siapa Ima, Tasha, Ain dan Fatin? Itu, itu semua awek Azfar. Siapa pula Azfar?

Aku dan Azfar dah dua tahun berkenalan. Dua tahun juga dia cuba pikat hati aku. Aku? Macam biasa la, main tarik tali. Kawan-kawan aku suruh go for it, tapi instinct aku cakap jangan dulu. Sabar, kita perhati lagi.

Azfar ni cukup lengkap pakejnya. Tak merokok, baik hati, gentleman, penyayang, pandai ambil hati orang tua dan bijak merancang masa depannya.

Tapi entah kenapa aku ada perasaan tak best sikit pasal Azfar. Tu yang aku masih tak mahu beri komitmen. Satu perkara tentang Azfar, dia ni perahsia. Tak banyak yang aku tahu tentang dia sedangkan dia tahu macam2 mengenai aku. Aku tak kenal pun siapa kawan2 dia. Kawan2 aku pula, dia sekadar tahu nama dan gambar, menerusi instagram dan cerita2 aku.

Macam mana aku boleh jumpa empat orang perempuan tu? Stalk la apa lagi. Biasalah perempuan, kalau nak tahu sesuatu, akan digali sehabis baik.

Mungkin Allah nak permudahkan urusan aku, kekeliruan aku. Maka ditunjukkan semuanya. Aku tahu dan aku diam. Aku pendam. Aku tengok lagi permainannya. Lagipun, siapalah aku nak persoalkan semuanya kan? Aku bukan girlfriend dia.

Sabtu (23 April 2016). Kami berjumpa seperti biasa. Habiskan masa seharian bersama, macam pasangan kekasih yang normal. Cuma tak normalnya, kami belum ke arah tu. Aku je masih tak mahu. Selepas makan malam, aku dan dia masih seronok berbual hinggalah aku timbulkan satu soalan.

"Awak, bila awak nak kahwin?"

"Kalau boleh tahun ni. Yelah saya dah makin tua, dah 27 dah," balas Azfar.

"27 tu muda lagi la. Celah mana tuanya? Eh, nanti nak kahwin, jangan lupa jemput, tau," balas aku kemudiannya tersenyum mesra.

"Eh, mestilah awak kena ada. Awak kan pengantin perempuannya." Azfar senyum lebar ketika membalas kata-kataku.

Puih, rasa nak muntah. Tapi aku hanya sekadar ketawa dan senyum. Kemudian, aku berkata lagi, "Eh, siapa cakap saya nak kahwin? Baru 26 kot, muda lagi. Kan saya cakap saya nak kahwin umur 29 atau 30."

Azfar pura-pura merajuk. "Dah tu, saya nak kahwin dengan siapa?"

"Awak kan banyak awek. Kahwin je la dengan mana2 awek awak tu," balas aku dengan selamba.

Berubah muka Azfar mendengar kata-kata aku. Serta-merta dia balas, "Eh, mana ada awek. Saya single la. Saya nak awak tapi tu la awak je taknak saya."

Aku rasa nak ketawa besar. Takde awek konon. Kau sabar jap ye. Aku pura-pura ingin tukar topik, tapi sebenarnya aku nak tanya tentang salah seorang awek dia tu.

"Eh, awak, tengok ni. Cantikkan perempuan ni. Adore betul tengok dia ni."

Aku tunjuk twitter Fatin pada Azfar. Memang berubah muka Azfar saat terlihat twitter Fatin.

"Er.. aaa.. aa.. Ha'ah. Cantik," jawab Azfar.

"Dia follow saya. Dah lama dah. Macam pelik juga la kan, perempuan cantik follow twitter saya. Dah la saya banyak meroyan je kat twitter tu." Aku ketawa hambar. "Eh, tapikan awak, saya tengok list followers dia, eh ada awak la. Awak kenal eh Fatin ni? Awek ke?" Soal aku lagi.

"Tak payahlah cakap tentang dia. Buang masa je. Baik fokus pada kita." Azfar seolah-olah mengelak soalan aku.

"Kenapa tak nak jawab? Saya tanya je. Bukan susah pun soalan saya tu. Jawab je la, pleaseeeee?"

Jangan harap aku nak lepaskan kali ini. Aku perhati Azfar seperti cacing kepanasan, segalanya seperti serba tidak kena. Aku desak dan terus mendesak. .

"Okay, okay. Tu kawan saya je. Takde siapalah. Dah jangan tanya lagi. Tak payahlah cakap pasal dia," jawab Azfar. Dia mendengus sambil kelihatan cuba untuk kawal kemarahan. .

"Okay, kita tukar topik ya." Aku tersenyum sinis. 

Kenapa perlu marah? Kenapa mengelak untuk jawab soalan tu? Aku persoalkan itu semua dalam fikiran aku dan luarannya aku masih tersenyum mesra dan melayan dia seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Aku menghempaskan badan ke katil. Entah kenapa, ada sedikit rasa cemburu di dalam diri ini. 'Sudahlah Aisyah, kau dengan dia bukan ada apa-apa pun. Kenapa perlu cemburu?'

Aku buka instagram. Misi menyiasat bermula. Aku tinjau instagram dia. Siapa yang like, siapa yang komen, semua aku usha.

Ima... Ima yang menarik perhatian aku. DP instagram Ima dan Azfar, berlatarbelakangkan tempat yang sama. Ada juga gambar di instagram 3 bulan lepas yang dipost Ima, sama dengan gambar yang dipost Azfar. Tarikh yang sama, tempat yang sama. Heh, ini yang tiada apa-apa tu? Penipu!

Aku scroll conversation antara aku dengan Azfar. Semuanya manis. Semuanya potong kaki. Dia memang sweet talker.

Aku tak boleh nak teruskan macam ni. Kalau aku terima dia, aku akan banyak prasangka dan makan hati.

(Telefon berbunyi..)
🎶Dan aku pun terluka.. karenamu.. kerna cintamu.. aku harus melangkah jauh darimu.. dari cintamu..🎶

Aku membiarkan sahaja telefon berdering. Malas nak diangkat, sebab sudah kutahu siapa yang menelefonku.

Telefon masih tidak berhenti berdering. Akhirnya aku menjawab panggilan itu. Azfar ditalian.

Azfar: Hai awak. Assalamualaikum
Aku: Waalaikumussalam. Hai.
Azfar: Awak tengah buat apa? Saya ganggu ke?
Aku: Saya tidur tadi.
Azfar: Eh yeke? Sorry, sorry. Saya ganggu la ni? Ok takpelah. Good night, sweet dream. Take care awak.
Aku: Hmmm night.

Panggilan aku putuskan. Terpaksa tipu, aku malas nak otp dengan dia. Takde mood. Semua sebab Ima.

Setahun sudah berlalu. Aku dan Azfar sudah tidak berhubung lagi. Semuanya kerana dia memarahi aku menghubungi Ima, Tasha dan Ain. Ternyata naluri aku benar, dia bermain cinta dengan perempuan-perempuan itu. Ya, kami bergaduh besar malam itu. Teruk aku ditengkingnya dan dah tentulah aku lawan semula. Mana mungkin aku mendiamkan diri?

Aneh, kenapa perlu beriya marah? Aku hanya sekadar menghubungi ketiga-tiga perempuan tersebut dan bertanyakan status mereka bersama Azfar. Aku juga tidak membongkarkan mereka bertiga antara satu sama lain. Cukuplah aku seorang sahaja yang tahu.

Kenapa aku tidak beritahu sahaja pada mereka? Sebabnya, aku tahu Azfar sedang keliru, tak tahu mana yang harus dipilih. Itu sendiri diakuinya. Jadi biar dia pilih dan kemudiannya tinggalkan yang tak dimahunya.

Aku sayang Azfar, jadi aku tak mahu dia kehilangan salah seorang daripada mereka bertiga. Cukuplah dia hilang aku. Dia berhak bahagia. Semua orang berhak bahagia. Yang tak dipilih itu juga berhak bahagia, akan tiba juga suatu saatnya nanti.

Tapi kami akhiri pergaduhan itu dengan baik, duduk lepak mamak minum teh tarik sambil bincangkan secara matang. Dah puas gaduh, berbaiklah semula kan?

Semalam, aku terima surat dari si penghantar surat. Rupa-rupanya kad kahwin dari Azfar. Kahwin juga akhirnya, tapi dengan siapa? Kad itu aku baca dengan tenang. Nama pengantin jelas terpampang pada kad tersebut.

Azfar Saif bin Lokman
dan pasangannya
Natasha Nazira binti Nazri

Akhirnya, Tasha jadi pilihannya. Entah kenapa, ada air mata yang mengalir di pipi. Sayu rasa hati.

Semoga berbahagia hendaknya Azfar. Doa aku takkan putus buat kamu. Terima kasih untuk semua memori dan perasaan.

Hai, aku Aisyah dan inilah pengakhiran kisah aku.

Qiey
(07092017)

No comments: