"Tahniah! Puan hamil 3 minggu."
Aku terpempan mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Dr. Anita. Aku? Mengandung? Macam mana aku nak berhadapan dengan semua orang? Kerjaya aku, masa depan aku? Musnah! Semuanya hancur!
"Puan, are you okay?" Soal Dr. Anita.
"Aaa.. yes. I'm okay. Maaf, saya hanyut sekejap," jawabku.
"Terima kasih ya doktor, ada apa-apa lagi ke? Kalau tiada, saya nak balik berehat, rasa penat pula," kataku seraya ketawa agar suasana tidak canggung. Ketawa yang dibuat-buat.
"Nanti puan jangan lupa datang check-up ya. Puan boleh buat check-up di Klinik Kesihatan atau mana2 klinik yang ada pemeriksaan berkala ibu mengandung. Maaflah ya Puan, klinik saya ni tak ada perkhidmatan berkenaan," balas Dr. Anita.
"Baiklah Dr, saya faham. Terima kasih ya. Saya pulang dahulu, assalamualaikum."
Pintu ditutup. Selesai pembayaran, aku meluru ke kereta dan menghempaskan badan seolah-olah aku lepaskan beban yang sangat besar, berat dan menyeksakan. Aku menangis semahunya. Siapa sangka, di usia 26 tahun, masih bujang dan saat kerjaya aku di puncak, aku dihadirkan dengan kejutan ini. Kejutan yang merupakan malapetaka dalam hidup aku.
Aku hamil 3 minggu. Malangnya nasib. Sudah jatuh ditimpa tangga. Dirogol dan kemudiannya hamil. Trauma belum hilang, datang lagi yang baru.
"Kenapa sial sangat hidup aku ni? Kenapa tak bunuh je aku lepas kau rogol aku dulu? Tak payah aku berdepan dengan semua ni!"
Aku memandu tanpa hala tuju. Tanpa aku sedar, keretaku menghala ke rumah Mila. Lama aku berhenti di situ, sehingga kehadiran aku disedari Ariq, abang Mila. "Anis, kau okay tak ni? Kenapa tak masuk? Weh, pucat sangat muka kau, jom masuk cepat. Mila ada kat dalam tu."
Aku melangkah longlai membontoti Ariq ke dalam rumah. Mila terus menerpa saat terlihat aku. Aku menangis teresak-esak dalam dakapan Mila.
"Nis, kenapa ni? Siapa yang buat kau macam ni? Biar aku belasah orang tu sampai lunyai." Aku hanya terus menangis. Mila melepaskan aku dan ingin memberikan ruang seketika.
"Anis, kau duduk dulu, aku buatkan kau air ya." .
"Aku pregnant." Langkah Mila terhenti.
"Aku salah dengar ke? Kau pregnant? Hasil rogol?" Soal Mila.
Aku mengangguk lemah.
Mila terus memelukku dan menangis. Ariq dan Ibu Mila yang aku panggil Umi yang sedari tadi mencuri dengar tiap perbualan kami, terduduk mendengar berita itu.
Semenjak hari itu, Mila dan keluarganya yang menjaga aku. Aku diberhentikan kerja sejurus pihak pengurusan dapat tahu akan keadaan aku. Malu juga bila aku ditanggung sepenuhnya oleh Mila dan Ariq. Bukan aku tak cuba mencari kerja, tapi tiada siapa yang sudi mengambil ibu mengandung sebagai pekerja.
Aku kelihatan tenang di luar, namun jiwa aku kekal berperang. Tiap hari aku makin suram dan aku kian murung. Kandungan aku sudah masuk 8 bulan. Bermakna masih berbaki sebulan lagi sebelum bayi ini dilahirkan. Aku masih belum mampu menerima kenyataan ini sepenuhnya.
"Mila, aku teringin nak pergi fun fair. Nak naik roda ferris tu."
"Fun fair? Hmm, lama gak tak pergi. Boleh gak. Umi, abang, jomlah ikut sekali. Kalau tak silap, ada fun fair kat kawasan pantai," balas Mila.
Ariq dan umi bersetuju untuk turut serta. Rancangan aku berjalan dengan lancar. Aku ada satu misi malam ini. Misi di Roda Ferris.
Setibanya di Fun Fair, aku berpura gembira untuk memuaskan hati Mila, Ariq dan umi. Roda Ferris merupakan aktiviti terakhir kami. Aku memilih untuk bersendirian menaiki Roda Ferris. Mila naik bersama umi manakala Ariq hanya kekal di bawah gara-gara gayat.
Roda Ferris mula bergerak. Aku menikmati panorama malam dengan sayu. Setiap kali Roda Ferris berhenti bergerak, aku cuba menganggar ketinggian. Masih belum cukup.
Akhirnya, detik yang aku tunggu. Roda Ferris berhenti ketika aku berada di puncak, paling tinggi antara yang lain. Aku cuba membuka pintu. Semuanya seperti dipermudahkan untuk aku, rancangan aku kian lancar.
Saat pintu dibuka, tanpa sedar air mataku menitis di pipi. Bibir aku hanya mampu menuntun kata maaf.
"Maafkan aku, Tuhan. Aku dah tak mampu lagi," bisikku.
Mataku pejam. Aku lepaskan badanku. Semakin lama terasa semakin ringan. Aku dengar jeritan, raungan yang mulanya kuat dan makin lama makin sayup. Akhirnya aku bebas.
Mila dan umi menjerit saat terlihat Anis terjun dari roda ferris. Ariq terkejut melihat sekujur tubuh yang jatuh kaku di hadapannya. Orang ramai berpusu-pusu mendekati Ariq sambil mula mengambil gambar. Mila dan umi terus mendekati Ariq yang sedang meraung melihat Anis yang kaku.
Jenazah Anis selamat dikebumikan. Kandungannya juga gagal diselamatkan. Mila, Ariq dan umi masih berkabung dan murung atas kematian Anis.
"Anis, kalau aku tahu rancangan kau malam itu, aku takkan bawa kau ke sana. Kenapa kau bunuh diri? Kenapa? Tak cukup ke perhatian dan kasih sayang kami? Kenapa pilih cara keji tu?" rintih Mila.
Semenjak dari itu, Mila, Ariq dan umi trauma untuk mendekati mana-mana Fun Fair ataupun Roda Ferris. Semuanya kerana Anis.
Qiey
(06092017)
No comments:
Post a Comment